Alliance Bank tawar moratorium sehingga enam bulan kepada mangsa banjir

LocalBusiness & Finance
13 Nov 2026 • 9:37 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Alliance Bank tawar moratorium sehingga enam bulan kepada mangsa banjir

KUALA LUMPUR, 13 NOV: Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) menawarkan Bantuan Pemulihan Banjir merangkumi pilihan penangguhan pembayaran (moratorium) sehingga enam bulan, pengubahsuaian pembayaran balik pinjaman, pengecualian yuran dan caj bagi pelanggan serta perniagaan yang terjejas akibat banjir.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank Kellee Kam berkata bank itu menyedari cabaran yang dihadapi pelanggan dan pekerjanya berikutan kejadian banjir baru-baru ini, dan bersedia untuk memberikan sokongan pada saat yang paling diperlukan.

“Kami menggesa mereka yang terjejas untuk menghubungi kami bagi berbincang mengenai keadaan mereka dan sokongan yang disediakan menerusi program Bantuan Pemulihan Banjir kami,” katanya kenyataan hari ini.

Bantuan Pemulihan Banjir Alliance Bank yang kini dibuka untuk permohonan sehingga 31 Mac 2027, menawarkan kelonggaran pembayaran bagi pinjaman konvensional dan kemudahan pembiayaan Islam yang layak bagi pelanggan individu (pengguna), perusahaan kecil dan sederhana (PKS), komersial serta korporat.

Bank tersebut turut memberi pengecualian yuran caj bagi perkhidmatan terpilih seperti penggantian kad debit, kad ATM, buku cek dan buku simpanan bank yang rosak atau hilang ketika banjir.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved