“Alright… tidurlah uncle” – Ramai Sebak Dengar Perbualan Anggota Polis Dengan Uncle Cina

Entertainment
13 Jul 2023 • 11:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sama seperti orang lain, anggota polis yang dianggap tegas dalam membanteras jenayah ini juga hanyalah manusia biasa yang tersentuh melihat kesusahan orang sekeliling.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang anggota polis menegur seorang pakcik Cina yang dilihat tidur di dalam kereta dengan keadaan pintu kereta yang terbuka.

Tidur dalam kereta sebab tak ada rumah sewa

Menerusi video itu, anggota polis berkenaan dilihat menegur pakcik berkenaan yang sedang nyenyak tidur di dalam kereta untuk bertanyakan keadaannya kerana risau dilihat berada di kawasan itu sendirian.

Namun bila ditanya di mana dia tinggal, pakcik Cina itu menjawab yang dia tidur di dalam kereta kerana tidak mempunyai rumah sewa.

Dia juga katanya tidur di situ kerana ia memudahkannya untuk keluar bekerja sebagai seorang pemandu lori.

@mpvurb

Polis jaga keselamatan dan keamanan awam #fypシ #fyp

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Ini kena tutup pintu tau sebab sini tempat gelap, saya risau jadi apa-apa,” kata anggota polis yang memberi peringatan.

Dia juga memberi nasihat kepada pakcik tersebut supaya menjaga keselamatan ketika tidur di situ dan sebaiknya menutup pintu dan menguncinya untuk mengelakkan jenayah berlaku.

image is not available

Apa yang lebih menyentuh hati ialah anggota polis itu dilihat memberi sedikit sumbangan kepada pakcik tersebut untuk meneruskan kehidupannya.

Saya bukannya nak sedekah tapi saya nak bagi hadiah dekat uncle. Boleh? Saya ikhlas untuk uncle. Untuk uncle beli apa-apa. Tidurlah…” katanya lagi.

Menerusi pemerhatian admin, kejadian berkenaan kemungkinan berlaku di sebuah kawasan perumahan di Selangor dan pegawai polis itu berharap dengan perkongsiannya ini persepsi masyarakat terhadap badan beruniform berkenaan baik-baik sahaja.

image is not available

“Polis macam ni kami nak”

Video berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang memuji keprihatinan anggota polis tersebut dalam membantu orang yang dalam kesusahan.

Ramai yang mengatakan sikap polis seperti inilah yang dimahukan rakyat dan berharap video tersebut dapat memberi inspirasi buat orang ramai.

image is not available

Semoga anggota polis ini terus ikhlas berbakti buat rakyat. Syabas!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.