Amad Diallo Dedah Punca Tunjuk Isyarat Luc*h, Dakwa Ibu Dihina

Entertainment
30 May 2025 • 9:58 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kecoh diperkatakan semalam berkenaan sikap pemain Manchester United, Amad Diallo yang dilihat menunjukkan isyarat jari tengah ketika berjalan melepasi peminat di Malaysia.

Gambar dan video yang tular di media sosial berkaitan kejadian tersebut telah menerima kecaman hebat netizen yang menganggap sikap Amad sebagai biadap dengan peminat.

image is not available

“Saya tak menyesal dengan apa yang saya lakukan” – Amad

Susulan kritikan yang diterima, Amad menerusi X menjelaskan perbuatan itu dilakukan kerana ada individu yang didakwa menghina ibunya, malah dia juga tidak kesal dengan apa yang dilakukan.

Saya hormati orang lain tetapi tidak kepada yang menghina ibu saya. Saya tidak patut bertindak sebegitu tetapi saya tidak kesal dengan apa yang saya lakukan.

“Kami mengharungi masa hebat di Malaysia dengan orang yang baik,” katanya.

Amad yang juga pemain sayap Ivory Coast berusia 22 tahun itu tampil sebagai pemain gantian pada babak kedua perlawanan di antara Manchester United dan ASEAN All-Stars yang mana pasukannya menemui kekalahan 1-0.

Dalam pada itu, selain Amad, seorang lagi pemain sayap United yang berusia 20 tahun, Alejandro Garnacho juga turut dilihat membuat isyarat sama.

Selepas perlawanan pertama United pada jelajah itu, Garnacho yang dimaklumkan supaya mencari kelab baharu oleh bos United, Ruben Amorim, dilihat menunjukkan isyarat lucah ke arah kamera ketika berjalan keluar dari padang di Stadium Nasional.

image is not available

Kedua-duanya, Amad dan Garnacho sekali lagi menunjukkan isyarat lucah yang serupa apabila melayan swafoto bersama sekumpulan peminat.

United bakal melengkapkan jelajah pasca musim mereka menentang Hong Kong pada malam ini.

Haih macam-macam hal ye…

Sumber: X, Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.