”Namun Saya Tak Menyesal” – Amad Diallo Perjelas Isu Tunjuk Jari Tengah

FootballSports
30 May 2025 • 12:35 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Amad Diallo

Kecoh di media sosial apabila Amad Diallo, pemain sayap Manchester United dilihat menunjukkan isyarat jari tengah kepada penyokong semasa meninggalkan Stadium Nasional Bukit Jalil selepas perlawanan menentang ASEAN All Stars.

Menurut laporan Kosmo, aksi kontroversi itu berlaku selepas kekalahan 0-1 yang mengecewakan lebih 70,000 penyokong The Red Devils yang hadir menyaksikan aksi mereka di Malaysia.

“Saya tak menyesal!” – Amad tampil pertahan tindakannya

image is not available

Menerusi kenyataan di akaun X miliknya, Amad mendedahkan bahawa isyarat tersebut bukan dilakukan secara membabi buta, sebaliknya sebagai respon kepada penghinaan terhadap ibunya.

Saya menghormati semua orang, namun tidak kepada mereka yang menghina ibu saya. Saya sepatutnya tidak memberi reaksi sebegitu, namun saya tidak menyesal dengan apa yang saya lakukan.

Walau bagaimanapun, pemain berusia 21 tahun itu tetap menyatakan penghargaan kepada peminat Malaysia yang menurutnya masih ramai berhati mulia dan menghargai kehadiran mereka.

Kami masih menikmati masa terbaik semasa berada di Malaysia bersama orang-orang baik.

Netizen berbelah bahagi, patut tak maafkan Amad?

Aksi tersebut menerima reaksi bercampur daripada peminat. Ada yang menyifatkannya biadab dan tidak profesional, manakala sebahagian yang lain memahami emosi Amad yang tercabar apabila keluarganya dihina.

Walaupun begitu, ramai tetap menyuarakan bahawa Amad perlu lebih matang dalam mengendalikan situasi panas, lebih-lebih lagi mewakili kelab besar seperti Manchester United.

Pssttt! Setiap individu, termasuk atlet ternama perlu bijak mengawal emosi walau dicabar. Hormat perlu diberi dan diterima, tapi biarlah reaksi kita tetap profesional.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.