Aman Graseka Tolak Berlakon Adegan Atas Katil - "Dah Cukup Zaman Muda, Sekarang Perlu Jaga Perasaan Isteri & Anak-Anak"

27 Aug 2024 • 1:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Aman Graseka mengakui umur yan g memasuki alam 'senja' menjadikan dirinya perlu menolak tawaran membabitkan adegan di ranjang terutama membabitkan lakonan dengan isteri orang.
 
Menafikan dirinya bukan pelakon 'suam-suam kuku' sebaliknya kata Aman dia kini perlu berhati-hati memilih watak bagi menjaga perasaan isteri dan anak-anaknya yang kian dewasa.

BERITA BERKAITAN : Keluarga Tak Mahu Tunai Wasiat Mendiang Alain Delon Dikebumi Bersama Anjing Hidup

"Saya akui zaman muda apa sahaja babak saya tak bawa,jadi bila dah berusia sebegini saya fikir dah tak nak dah pegang watak atas katil dengan perempuan lain lagi-lagi dengan bini orang.











"Kalau tak silap saya lebih kurang 10 tawaran saya telah tolak setakat ini membabitkan watak atas katil," katanya.