Amang seksual: polis selangor selesai rakam keterangan pelakon, penyanyi

LocalEntertainment
6 Jun 2025 • 2:39 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Polis Selangor selesai merakam keterangan seorang pelakon dan penyanyi lelaki yang didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan mendapati perlakuan itu adalah yang pertama kali dilakukan suspek terhadap mangsa yang dikenali beberapa bulan lepas.

“Suspek dan mangsa yang juga pelajar telah berkenalan sejak satu atau dua bulan lepas. Mereka pernah berhubung dan ini kali pertama suspek bawa mangsa ke hotel.

“Ini juga kali pertama suspek melakukan amang seksual,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hussein berkata suspek telah ditahan dan dirakam keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau berkata kertas siasatan hampir lengkap dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Selasa lepas, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved