Mula Jadi Tumpuan Setelah Dikaitkan Dengan Nine Phyne Ballerz, Elliza Razak Dikecam Pendek Dan Gemuk – “Yang Mengata Tu Lawa Sangat Ke?”

EntertainmentLifestyle
6 Jun 2025 • 3:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan penyanyi Elliza Razak baru-baru ini menjadi tumpuan setelah namanya dikaitkan dengan penyanyi kumpulan Phyne Ballerz iaitu Nine apabila kedua-duanya dilihat rapat dan mesra.

Susulan itu, Elliza menerusi satu hantaran di Instagram Story berkata dia telah dikecam dan dikutuk rupa paras oleh sesetengah netizen biadab.

image is not available

Ada yang mesej di Telegram, kata saya buruk, pendek, tak lawa, gemuk. Siapa yang mengata saya tu lawa sangat ke? Nak tengok sikit, tunjukkan muka korang.

Mungkin sebab kes saya viral sejak kebelakangan ini, muncul pula netizen serang saya.

Mengakui sedih menerima kecaman sedemikian rupa namun Elliza bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T terhadap dirinya.

Sedihlah bila paras rupa dipertikaikan. Ya saya sedar saya tidaklah ada rupa sangat pun tapi janganlah keji saya. Allah dah bagi rupa bentuk saya begini, nak buat macam mana.

image is not available

image is not available

Terdahulu, Elliza juga pernah merayu agar orang ramai membeli barang jualannya kerana ingin membayar hutang dan bayaran tertunggak.

Dia juga kerap dilihat bersama Nine di siaran langsung TikTok untuk tujuan menjual produk.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 hours ago

"Saya Terpaksa Cerita, Bukan Nak Aibkan" - Saidah Anggap Isu RM500 Bekas Tunang Bukan 'Point' Utama, Tapi Gangguan Kehidupan Peribadi