Amaran banjir baharu di zon bencana Nepal, 392 mayat ditemukan

WorldEnvironment
28 Aug 2026 • 11:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Amaran banjir baharu di zon bencana Nepal, 392 mayat ditemukan

KATHMANDU – Nepal dan China memberi amaran tentang risiko banjir baharu hari ini, menyulitkan usaha mengesan lebih 1,400 orang yang masih hilang selepas banjir besar serta tanah runtuh dahsyat memusnahkan seluruh perkampungan di sempadan Tibet-Nepal di Banjaran Himalaya.

Pasukan kecemasan menemukan 392 mayat selepas dinding ais dan lumpur melanda seperti  tsunami,  memusnahkan bandar, menimbus rumah, meruntuhkan jambatan serta empangan dan menghanyutkan kenderaan.

Ramai yang hilang merupakan pelancong asing, termasuk pendaki di negara Himalaya itu dan berpuluh-puluh penganut Hindu yang berkunjung ke Gunung Kailash, Tibet.

Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) menyatakan,  bencana itu berpunca daripada runtuhan glasier yang mencetuskan aliran besar serpihan ais.

Perubahan iklim menyebabkan glasier mencair di seluruh dunia, meningkatkan risiko banjir tasik glasier dan runtuhan glasier, kata USGS.

Pihak berkuasa China memberi amaran bahawa sebuah tasik yang terbentuk akibat tsunami lumpur kelmarin berdepan ‘risiko tinggi untuk pecah dan menghantar air banjir ke hilir sungai’, demikian menurut media pemerintah lewat semalam.

Bahagian Ramalan Banjir Kathmandu secara berasingan pula mengeluarkan ‘notis khas’, memberi amaran tentang tasik yang semakin membesar di belakang serpihan yang ditinggalkan oleh tanah runtuh dan menggesa kewaspadaan tinggi. – AFP

 

The post Amaran banjir baharu di zon bencana Nepal, 392 mayat ditemukan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved