Amaran hujan berterusan tahap bahaya, buruk di empat negeri hingga esok

LocalEnvironment
17 Dec 2025 • 10:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan di kawasan Taman Bendahara, Pengkalan Chepa dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu ketika tinjauan. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya hingga waspada yang dijangka melanda beberapa negeri bermula hari ini hingga esok.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan berkata, amaran tahap bahaya yang dikeluarkan pada 8.45 pagi itu melibatkan Pahang khususnya di Kuantan, Pekan dan Rompin.

Beliau berkata, amaran hujan berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Pahang (Jerantut, Maran dan Bera), Terengganu (Dungun dan Kemaman), Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka melibatkan sembilan negeri iaitu Kelantan, Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh), Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, media sosial rasmi MetMalaysia atau menghubungi talian hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved