Amaran Hujan Lebat Berterusan, Ini Tips Persediaan Penting Ketika Berdepan Gelombang Banjir

LocalEnvironment
24 Nov 2025 • 5:06 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Umum mengetahui Monsun Timur Laut (MTL) dijangka membawa hujan lebat berterusan, angin kencang dan keadaan laut bergelora sehingga Mac 2026.

Malah setakat jam 4:.48 petang Isnin (24 November) sembilan negeri sudah pun terjejas dengan jumlah mangsa banjir meningkat 13,772 orang, seperti yang dilaporkan di laman Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

image is not available

Bagi mencegah sebarang perkara ‘tidak enak’ berlaku, kita hendaklah tahu beberapa langkah atau persiapan penting ketika berdepan dengan gelombang banjir. Jadi jom lihat perkongsikan kami di bawah:

Sebelum banjir

  • Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda. Pastikan anda memahami sistem amaran banjir, cara ianya disampaikan dan maklumat persediaan banjir setempat. Cara paling mudah adalah dengan memuat turun aplikasi myCuaca.
image is not available

Aplikasi myCuaca boleh dimuat turun oleh pengguna IOS di [SINI] dan Android di [SINI].

Cara lain adalah dengan:

  • Periksa lubang air sama ada longkang ataupun saluran najis sekalipun. Bersihkan halangan dan pastikan ianya tertutup rapat supaya air banjir tidak melimpah masuk melaluinya.
  • Pastikan di mana letaknya pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda, buat perancangan dan latihan pemindahan kecemasan.
  • Penuhkan tong, bekas, sinki atau tab mandi dengan air bersih kerana semasa banjir berlaku air mungkin menjadi kotor.
  • Bawa masuk perabot atau perkakas di luar rumah. Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama dalam bekas kalis air. Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
  • Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

Semasa banjir

image is not available
Foto sekadar hiasan. Kredit: Kosmo
  • Bersedia dengan peralatan kecemasan. Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
  • Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat. Elakkan melalui kawasan banjir kerana arus yang deras boleh menghanyutkan anda.
  • Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan menggunakan sampan mahupun berjalan kaki.
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh. Awasi kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
  • Jangan minum air banjir.
  • Apabila menerima arahan, segeralah berpindah.
  • Berpindah awal sebelum air banjir meningkat atau di siang hari kerana ianya lebih mudah dan selamat.
  • Gunakan laluan yang ditentukan kerana jalan singkat mungkin terhalang akibat bencana yang melanda.
View this post on Instagram

A post shared by BuzzKini (@buzzkini)