Mangsa banjir kini cecah 10,460 di 8 negeri setakat pagi ini

24 Nov 2025 • 9:15 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di seluruh negara setakat jam 6 pagi ini terus meningkat kepada 10,460 membabitkan lapan negeri.

Menurut laporan terkini Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 8,235 orang kini ditempatkan di 33 pusat pemindahan sementara (PPS).

Daerah yang terjejas termasuk Tumpat, Bachok, Kota Bharu dan Pasir Puteh.

Perak menjadi negeri kedua paling terjejas dengan 921 mangsa berlindung di 16 PPS yang dibuka di Perak Tengah, Manjung, Larut, Matang dan Selama serta Batang Padang.

Terengganu pula merekodkan 369 mangsa yang dipindahkan ke dua PPS di daerah Besut, manakala Kedah mencatatkan 337 mangsa di tiga PPS di daerah Kulim.

Di Perlis, dua daerah terjejas, Padang Besar dan Kangar, menyaksikan 283 mangsa ditempatkan di enam PPS.

Pulau Pinang pula melaporkan 237 mangsa berlindung di empat PPS di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah.

Sementara itu, Selangor mencatatkan 34 mangsa daripada sembilan keluarga yang kini berada di satu PPS di Sabak Bernam.

Di Sarawak, seramai 44 mangsa dilaporkan terjejas dan ditempatkan di satu PPS di daerah Miri.

Orang ramai dinsihatkan sentiasa berwaspada dan mengikuti arahan keselamatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Pihak berkuasa akan terus memantau keadaan cuaca dan paras air sungai di kawasan berisiko. - 24 November, 2025

The post Mangsa banjir kini cecah 10,460 di 8 negeri setakat pagi ini appeared first on Scoop.