Amaran Banjir Di 4 Negeri 

LocalEnvironment
24 Nov 2025 • 1:09 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Banjir Di 4 Negeri 

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran, sebentar tadi mengeluarkan amaran banjir melibatkan beberapa kawasan di empat negeri.

Menurut PRABN, amaran ini dikeluarkan susulan hujan berterusan seperti dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini, selain paras air sungai yang dijangka meningkat dan melebihi aras bahaya.

Berdasarkan ramalan semasa, beberapa lokasi di Terengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Perak berisiko dilanda banjir.

Amaran banjir di Terengganu

Amaran banjir di Kedah

Amaran banjir di Pulau Pinang

Amaran banjir di Perak

Peringatan

PRABN menegaskan bahawa banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada masa yang diramalkan.

Orang ramai, khususnya penduduk di kawasan berisiko, dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa serta agensi pengurusan bencana.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, orang ramai boleh melayari:

  • Public Info Banjir: publicinfobanjir.water.gov.my
  • Facebook: @PublicInfoBanjir

BACA: Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di 4 Negeri

Sumber: Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia – JPS

The post Amaran Banjir Di 4 Negeri  appeared first on Siakap Keli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved