
Amaran Hujan Lebat Di 12 Negeri Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, angin kencang dan ribut petir di 12 negeri sehingga jam 9 malam ini.
Menerusi kenyataan di Facebook, MetMalaysia berkata keadaan cuaca itu akan melanda seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Melaka.
Di Kelantan, hanya daerah Kuala Krai dan Gua Musang yang terlibat. Manakal, di Terengganu pula melibatkan daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
Selain itu, hujan lebat juga dijangka berlaku di Pahang iaitu di daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan.
Di Selangor pula, ia melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.
Bagi Negeri Sembilan, hanya daerah Port Dickson dan Rembau yang terlibat.
Beralih ke Sarawak, cuaca buruk diramal akan berlaku di Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song), Miri (Telang Usan) dan Limbang.
BACA: (Video) Umpama ‘Ombak Besar Dari Langit’, Jurugambar Sempat Rakam Fenomena Awan ‘Unik’ Di Melbourne
Sementara itu di Sabah pula hanya melibatkan daerah Pantai Barat (Putatan) dan Kudat.
MetMalaysia turut memaklumkan bahawa amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
The post Amaran Hujan Lebat Di 12 Negeri Hingga Malam Ini appeared first on Siakap Keli.




