Amaran Hujan Lebat Di 3 Negeri, 1 Wilayah

19 Nov 2025 • 1:35 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Hujan Lebat Di 3 Negeri, 1 Wilayah

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka akan berlaku empat negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 3 petang ini.

Menerusi kenyataan di Facebook, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa keadaan cuaca itu akan berlaku di negeri Selangor iaitu di Kuala Langat dan Sepang.

Hujan lebat juga diramal akan melanda Negeri Sembilan iaitu di daerah Seremban dan Port Dickson.

Di samping itu, ia juga melibatkan negeri Sabah iaitu di daerah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

BACA: Monsun Timur Laut Berterusan Hingga Mac Depan – MetMalaysia

MetMalaysia juga memaklumkan keadaan cuaca buruk itu akan berlaku di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Sumber: Malaysian Meteorological Department

The post Amaran Hujan Lebat Di 3 Negeri, 1 Wilayah appeared first on Siakap Keli.