Taman Tema Pokemon Kanto Mengenakan Syarat Kesihatan Tubuh Ke Atas Pelawat

TravelLifestyle
19 Nov 2025 • 11:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Poképark Kanto akan dibuka tahun depan menjadikannya taman tema Pokemon pertama di dunia. Lokasi yang dipilih ialah Bukit Tama berhampiran Tokyo dan Kanagawa. Tetapi sebelum membeli tiket, pihak pengurusan mengumumkan pelawat perlu memastikan mereka melepasi syarat kesihatan fizikal minima yang ditetapkan.

Pelawat perlu memastikan mereka cukup kudrat untuk mendaki tangga 110 anak tangga dan kanak-kanak bawah umur lima tahun juga dihalang memasuki kawasan Pokémon Forest. Pokemon Forest mempunyai laluan sepanjang 500 meter yang berbukit bukau.

image is not available

Kelonggaran syarat ini tidak akan diberikan walaupun pelawat mempunyai penjaga kerana ia dilalukan atas faktor keselamatan. Di Pokemon Forest lebih 600 spesis Pokemon dapat dilihat pelawat seperti ia benar-benar hidup di habitat sebenar dengan mereka boleh “memburunya” seperti dalam siri animasi.

Tetapi pelawat tidak perlu kecewa sepenuhnya kerana kawasan Sedge Town yang menempatkan tarikan seperti stadium, gimnasium, restoran dan Pikachu yang boleh ditunggang masih boleh dilawati kerana tidak memerlukan aktiviti fizikal yang berat.

Poképark Kanto akan dibuka pada musim luruh 2026 (sekitar Oktober) dengan pratempahan tiket akan dibuka kepada penduduk Jepun bermula 21 November hingga 8 December 8 depan. Mereka boleh menyatakan minat untuk membeli tiket dengan sistem loteri digunakan untuk memilih siapa yang layak menjadi pelawat terawal.