Amaran Hujan Lebat Di 8 Negeri, 1 Wilayah

LocalEnvironment
6 Nov 2024 • 1:47 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Hujan Lebat Di 8 Negeri, 1 Wilayah

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melibatkan 8 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 3 petang.

Menerusi muat naik di laman Facebook, amaran hujan lebat ini dikeluarkan bagi seluruh negeri Perlis dan WP Labuan.

MetMalaysia turut menjangkakan hujan lebat berlaku di daerah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling di Kedah. Selain itu, daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Bagan Datuk di Perak turut menerima amaran yang sama.

Terus ke pantai timur, hujan lebat yang dijangka bakal melanda Kelantan hanya melibatkan daerah Jeli. Manakala di Terengganu, MetMalaysia meramalkan cuaca buruk di daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. Di Pahang, ramalan hujan lebat dan ribut petir melibatkan lima daerah iaitu Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Maran dan Kuantan.

Di Johor pula, MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk di daerah Batu Pahat dan Pontian.

Melihat keadaan di Sarawak, daerah Sibu (Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu (Tatau dan Bintulu) dijangka hujan lebat.

image is not available
Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati ketika memandu dan elakkan dari mengunjungi kawasan berisiko.