Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Lima Negeri Hingga 1 Pagi Ini

LocalEnvironment
6 Nov 2024 • 11:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Lima Negeri Hingga 1 Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di lima negeri sehingga jam 1 pagi ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan sahaja.

Selain itu, fenomena cuaca berkenaan juga diramal akan melanda kawasan Lipis, Raub, Temerloh dan Bera di Pahang.

Di Johor, daerah Segamat, Kluang dan Mersing dijangka alami hujan lebat dan ribut petir bagi tempoh yang sama.

Manakala Sri Aman, Kapit (Song) dan Limbang adalah kawasan bagi negeri Sarawak yang terlibat dengan amaran cuaca tersebut.

Lima negeri dijangka dibadai hujan lebat, ribut petir dan angin kencang

Amaran yang sama turut dikeluarkan untuk daerah Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan di Sabah.

Menurut MetMalaysia, ramalan tersebut berdasarkan tanda-tanda ribut petir dan intensiti hujan yang dijangka lebih sejam.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.

image is not available