Amaran Hujan Lebat Di 8 Negeri, 2 Wilayah Petang Ini

19 Nov 2026 • 3:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Amaran Hujan Lebat Di 8 Negeri, 2 Wilayah Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 6 petang ini.

Menurutnya, amaran melibatkan seluruh Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di negeri Kedah, hujan lebat melibatkan Kuala Muda, Bandar Baharu, Kulim, Baling, Sik, Padang Terap, Pendang dan Pokok Sena.

Bagi negeri Pahang, ia membabitkan Cameron Highlands, Bentong, Bera dan Rompin.

Amaran cuaca juga melibatkan negeri Selangor iaitu di Hulu Langat, Sepang, Gombak, Hulu Selangor, Petaling dan Kuala Langat.

Baca juga:

Begitu juga di Jelebu, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.

Di Johor, daerah Segamat, Kluang, Mersing, Batu Pahat, Tangkak dan Muar diramal terlibat.

Beralih ke Sarawak, amaran membabitkan Betong (Kabong), Mukah (Mukah dan Dalat), Sibu (Selangau dan Kanowit), Kapit (Song), Sarikei (Julau dan Sarikei), Sri Aman (Lubok Antu), Miri (Marudi dan Miri), Limbang (Limbang), Bintulu (Sebauh dan Bintulu).

Di Sabah, hujan lebat dijangka berlaku di Pantai Barat, Kudat (Kota Marudu), Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan).

Amaran hujan lebat

Image from: Amaran Hujan Lebat Di 8 Negeri, 2 Wilayah Petang Ini

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved