Hulu Selangor, Gombak dijangka ribut petir hingga 7 malam

19 Nov 2026 • 6:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Hulu Selangor, Gombak dijangka ribut petir hingga 7 malam

SHAH ALAM, 19 NOV: Dua daerah di Selangor dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam amaran terkininya memaklumkan kawasan terlibat ialah Hulu Selangor dan Gombak.

Keadaan cuaca sama turut dijangka melanda beberapa kawasan di 11 negeri lain, termasuk seluruh Perlis dan Pulau Pinang.

Di Kedah, amaran melibatkan 11 daerah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Yan, Pendang, Sik, Baling, Kulim, Kuala Muda dan Bandar Baharu.

Sementara itu, sembilan daerah di Perak turut terlibat, iaitu Selama, Larut Matang, Kerian, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Perak Tengah, Batang Padang dan Manjung.

Di Pahang, kawasan dijangka terjejas ialah Rompin, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Bera, manakala di Negeri Sembilan hanya Jempol terlibat.

Amaran turut dikeluarkan bagi Segamat, Tangkak, Muar, Mersing dan Kluang di Johor.

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Mukah, Dalat, Selangau, Bintulu, Marudi, Miri, Subis dan Beluru.

Bagi Sabah, amaran meliputi Tawau, Kalabakan, Tongod, Telupid, Kuala Penyu, Beaufort, Membakut, Tambunan, Keningau, Sook, Papar, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran berkenaan bersifat jangka pendek dengan tempoh sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved