Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri

LocalEnvironment
19 Nov 2026 • 9:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri
MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda sembilan negeri. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda sembilan negeri hingga jam 1 pagi ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Perak, iaitu Kerian, Selama, Larut Matang, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Manjung, Hilir Perak dan Kampar.

Amaran sama turut melibatkan Pasir Puteh, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Gua Musang, Machang dan Tanah Merah di Kelantan, Pahang (Cameron Highlands) manakala Besut serta Setiu di Terengganu.

Di Sarawak, kawasan dijangka terjejas ialah Miri (Miri, Marudi, Beluru dan Subis), Limbang, Kapit (Kapit dan Song), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Bintulu, Kuching, Serian (Tebedu dan Siburan), Mukah serta Betong (Betong dan Saratok).

Sementara itu, di Sabah, amaran berkenaan melibatkan Semporna dan Tawau serta Sandakan, Labuk dan Sugut, Kinabatangan dan Telupid. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved