Amaran Hujan Lebat Di Beberapa Negeri & 1 Wilayah Hingga 12 Tengah Hari

LocalEnvironment
4 Sep 2025 • 9:53 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Hujan Lebat Di Beberapa Negeri & 1 Wilayah Hingga 12 Tengah Hari

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan buah negeri dan satu Wilayah sehingga jam 12 tengah hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Hujan lebat diramal berlaku melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

METMalaysia menjangkakan cuaca buruk melanda sekitar daerah di Perak seperti Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Amaran hujan lebat di beberapa negeri dan satu Wilayah

Bagi Selangor, kawasan yang terlibat adalah Sabak Bernam dan Hulu Langat, manakala daerah Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin di Negeri Sembilan turut terlibat dalam amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

Beralih ke Johor, ia melibatkan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda kawasan Sri Aman, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat) dan Kapit (Song) di Sarawak.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran itu.

https://www.facebook.com/share/p/17JyXDMagp/