Samsung Galaxy Buds3 FE Kini Di Malaysia Pada Harga RM499

TechnologyDigital
4 Sep 2025 • 5:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy Buds3 FE akhirnya telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini membawakan beberapa ciri premium yang sebelum ini diberikan kepada Buds3 Pro tetapi dalam pakej lebih mampu milik. Rekaannya mirip Buds3 Pro tetapi tanpa lampu LED pada bahagian tangkai.

image is not available

Ia adalah fon telinga dengan rekaan putik silikon yang disumbat ke dalam telinga dan hadir dengan sokongan ANC bagi mengurangkan hiruk pikuk bunyi di sekeliling. Setiap putik audio Buds3 FE hadir dengan satu pemandu audio dan tiga mikrofon. Tambatan adalah menerusi Bluetooth 5.4 dengan coded SSC (Samsung Seamless Codec), AAC, dan SBC.

image is not available

Pada bahagian tangkai terdapat sensor mengesan tekanan dan sentuhan. Ini membolehkan audio dimainkan, dijeda dan dilangkau serta kelantangan audio dikawal sama seperti di Buds3 Pro. Setiap Buds3 FE juga boleh dibawa untuk aktiviti bersenam kerana melepasi piawaian IP54.

Bateri 53 mAh pada putik menawarkan penggunaan sehingga 6 jam dengan AND dan 8 jam tanpa ANC. Dengan bantuan pod pengecas yang dilengkapi bateri 515 mAh, hayat penggunaan meningkat ke 24 jam dengan ANC dan 30 jam tanpa ANC. Samsung Galaxy Buds3 FE akan ditawarkan bermula 19 September di Malaysia dalam warna hitam dan kelabu pada harga RM499.