
Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di 3 Negeri Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di tiga negeri sehingga jam 7 malam ini.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran itu melibatkan negeri Pahang iaitu di Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera.
Selain itu, hujan lebat diramal di Jelebu dan Jempol di Negeri Sembilan.
Amaran tersebut turut melibatkan negeri Sabah iaitu di Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.

