
6 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Awal Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri dan satu Wilayah Persekutuan(WP) sehingga jam 3 pagi ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri terlibat seperti Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Sarawak, seluruh kawasan Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
"Di Kedah, kawasan yang diramal hujan adalah Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak pula seperti (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).
"Sementara itu di Pahang melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron dan Rompin. Di Selangor termasuk Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.
"Beralih ke Sarawak melibatkan beberapa kawasan di Miri (Beluru dan Telang Usan)," maklum kenyataan itu.
Baca juga:Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

