
Hujan Lebat Diramal Di 4 Negeri Hingga Tengah Hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan berlaku di empat negeri sehingga jam 12 tengah hari ini.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata keadaan cuaca itu melibatkan Pulau Pinang iaitu di Barat Daya dan Timur Laut.
Selain itu, ia juga melibatkan daerah Kerian, Larut Matang dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak di negeri Perak.
Malaysia Berdepan Cuaca Ekstrem, Dari Hujan Lebat Luar Biasa Ke Musim Kering
Monsun Timur Laut Berterusan Hingga Mac Depan – MetMalaysia
Hujan lebat juga diramal melanda Pahang iaitu di Kuantan dan Pekan.
Di Selangor pula, ia hanya melibatkan daerah Selangor.
Susulan amaran cuaca ini, orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan untuk berhati-hati.

