
Oleh AZIAN AZIZ
SHAH ALAM, 18 JUN: Dua daerah di Selangor iaitu Klang dan Kuala Langat diramal mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga pukul 2 petang ini.
Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan beberapa daerah di Johor turut diramal mengalami cuaca sama.
Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
The post Amaran hujan lebat, ribut petir di Klang, Kuala Langat hingga 2 petang appeared first on Selangorkini.
