
Amaran Ribut Petir Di 4 Negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri hingga jam 6 petang ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, METMalaysia memaklumkan bahawa negeri yang terlibat adalah Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
“Di Pahang, daerah yang terlibat adalah Kuantan, manakala di Johor membabitkan daerah Mersing.
“Di Sarawak pula, kawasan yang dijangka berdepan cuaca buruk ini hanya membabitkan daerah Limbang.
“Selain itu, daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Penampang dan Kota Kinabalu) di Sabah,” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: METMalaysia
The post Amaran Ribut Petir Di 4 Negeri appeared first on Siakap Keli.

