Awas, Hujan Lebat & Ribut Petir Diramal Landa Empat Negeri Petang Ini

14 Dec 2024 • 5:58 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Awas, Hujan Lebat & Ribut Petir Diramal Landa Empat Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologikal Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir melibatkan empat buah negeri sehingga 7 malam ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook agensi cuaca itu, empat negeri yang terlibat adalah Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

Empat negeri dijangka dibadai hujan lebat, ribut petir petang ini

Di Terengganu, amaran yang dikeluarkan melibatkan kawasan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Manakala di Pahang pula, kawasan-kawasan yang terjejas dengan amaran berkenaan adalah Jerantut dan Kuantan.

Seterusnya di Johor, MetMalaysia menjangkakan situasi cuaca berkenaan akan memberi kesan kepada dua daerah iaitu Mersing dan Kota Tinggi.

Beralih ke Sarawak, satu-satunya negeri di Malaysia Timur yang terlibat dengan amaran kali, kawasan-kawasan yang berkemungkinan dilanda hujan lebat dan ribut petir adalah Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu dan Miri (Subis).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata agensi cuaca itu lagi.

Oleh itu, orang awam diingatkan untuk sentiasa peka dengan perubahan cuaca semasa dan mengikuti perkembangan cuaca terkini yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.

Amaran-amaran berkenaan boleh disemak melalui pelbagai platform, termasuk di akan Facebook dan X (dahulunya Twitter) MetMalaysia.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk mematuhi segala arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, bagi memastikan keselamatan terjamin.

image is not available