Amaran ribut petir di KL, Putrajaya dan lapan negeri

20 Apr 2026 • 4:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Amaran ribut petir di KL, Putrajaya dan lapan negeri
Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 6 petang. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda ibu negara dan Putrajaya, serta lapan negeri lain hingga 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan negeri yang terlibat ialah Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Bera dan Rompin).

Turut terlibat Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Jempol dan Tampin), Melaka (Melaka Tengah dan Jasin), Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Pontian) dan Sarawak (Kuching dan Serian).

Di Sabah kawasan yang terlibat merangkumi bahagian Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu). - Bernama