Klang antara tujuh daerah diramal hujan lebat hingga 7 malam

19 Apr 2026 • 4:47 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Klang antara tujuh daerah diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 19 APRIL: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat sehingga 7 malam ini.

Cuaca sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur serta beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan di Selangor, hujan dijangka melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan lebih sejam.

Orang awam dinasihat sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Image from: Klang antara tujuh daerah diramal hujan lebat hingga 7 malam
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri pada 19 April 2026. Foto Facebook Malaysian Meteorological Department