Lapan cedera dalam kemalangan lori, van persiaran di Jalan Tun Razak

19 Apr 2026 • 7:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lapan individu cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan sebuah van persiaran berhampiran Perpustakaan Negara Malaysia di Jalan Tun Razak pada Ahad. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Lapan individu cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan sebuah van persiaran berhampiran Perpustakaan Negara Malaysia di Jalan Tun Razak di sini petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan mangsa terdiri daripada pemandu lori berusia 56 tahun yang cedera di bahagian mata dan kelindan berusia 46 tahun, yang cedera di bahagian kaki.

Kenyataan itu memaklumkan terdapat 15 individu dalam van tersebut termasuk pemandu, dan enam orang cedera ringan manakala sembilan lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kesemua mangsa yang cedera telah diberi rawatan awal oleh pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa bersama-sama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender dengan kekuatan lima anggota tiba di lokasi kejadian pada 4.14 petang selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.04 petang. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved