Siklon Arnab dijangka landa India, penduduk diarah pindah

WorldEnvironment
27 Oct 2026 • 2:32 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Siklon Arnab dijangka landa India, penduduk diarah pindah

NEW DELHI: Pihak berkuasa India mengarahkan penduduk di Andhra Pradesh berpindah ke kawasan selamat menjelang ketibaan Siklon Arnab yang dijangka melanda negeri di barat daya negara itu selewat-lewatnya esok.

Jabatan Meteorologi India (IMD) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bencana itu diramal melanda kawasan pantai sebagai ribut siklon sangat kuat dengan kelajuan angin sehingga 140 kilometer sejam (kmj).

Siklon yang dikenali sebagai taufan di Atlantik Utara dan taifun di Pasifik itu sering melanda kawasan Teluk Bengal dan utara Lautan Hindi.

Musim ribut kali ini turut dipengaruhi fenomena cuaca El Nino yang menyebabkan peningkatan suhu luar biasa.

Sementara itu, negara jiran Sri Lanka menutup sekolah susulan amaran hujan lebat yang berpotensi mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh.

Pusat Pengurusan Bencana Colombo memaklumkan, tentera turut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan bencana.

IMD menjangkakan siklon itu boleh memusnahkan sepenuhnya rumah beratap jerami, selain menyebabkan banjir setempat dan menumbangkan tiang elektrik serta komunikasi.

Ribut berkenaan turut dijangka mengakibatkan kerosakan meluas terhadap tanaman yang masih berada di ladang.

Ketua Menteri Andhra Pradesh, Nara Chandrababu Naidu, mengarahkan supaya perkembangan siklon itu dipantau secara berterusan dan langkah persediaan diambil lebih awal, menurut kenyataan pejabatnya pada Isnin.

Media tempatan melaporkan pihak berkuasa turut mengarahkan pemindahan penduduk dari kawasan rendah yang berisiko tinggi serta menutup semua institusi pendidikan di beberapa daerah bermula Selasa hingga Sabtu.

Lebih 4,700 wanita hamil yang tinggal di kawasan berisiko turut dipindahkan ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga, menurut laporan akhbar The Indian Express.- AFP

The post Siklon Arnab dijangka landa India, penduduk diarah pindah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved