Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri - MetMalaysia

LocalEnvironment
18 Sep 2026 • 3:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri - MetMalaysia
Amaran melibatkan 10 buah negeri di seluruh negara.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri hingga jam 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan keseluruhan negeri Kelantan dan Perlis serta beberapa kawasan di negeri lain.

Di Kedah, kawasan terjejas ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Baling, Sik, Padang Terap, Pokok Sena dan Pendang, manakala di Perak melibatkan Hulu Perak.

Amaran sama dikeluarkan bagi Terengganu iaitu di Besut dan Setiu, sementara Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Pekan dan Rompin.

Bagi Selangor, kawasan terjejas meliputi Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, selain Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau di Negeri Sembilan.

Di Melaka, amaran itu melibatkan kawasan Alor Gajah dan Melaka Tengah.

Sementara itu di Sabah, amaran terbabit dikeluarkan bagi kawasan Pantai Barat, Pedalaman (Tambunan, Keningau, Sook, Pensiangan, Membakut dan Tenom), Sandakan (Tongod, Telupid dan Paitan) serta Kudat (Kota Marudu dan Pitas). - Bernama 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved