MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di 9 Negeri

LocalEnvironment
18 Sep 2026 • 6:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di 9 Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di sembilan negeri sehingga jam 8 malam ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran itu melibatkan negeri Kedah iaitu di daerah Kuala Muda, Yan, Pendang, Sik, Baling dan Kulim.

Amaran juga membabitkan daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang.

Manakala, di Perak pula hanya daerah Hulu Perak yang terlibat.

Beralih ke Pantai Timur, daerah Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai, Pasir Puteh, Machang, Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat dan Bachok di Kelantan turut diramal dilanda hujan lebat.

Baca juga:

Begitu juga dengan negeri Terengganu iaitu di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu.

Di Pahang, ia melibatkan kawasan Jerantut, Maran, Bera, Bentong, Temerloh dan Raub.

"Bagi Negeri Sembilan, amaran membabitkan daerah Jelebu dan Jempol.

"Manakala di Johor pula di Mersing, Kluang dan Kota Tinggi," kata MetMalaysia.

Di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Pensiangan), Tawau (Kalabakan dan Lahad Datu), Sandakan (Labuk & Sugut, Kinabatangan, Sandakan, Telupid dan Paitan), Pantai Barat (Ranau).

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat

Image from: MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di 9 Negeri

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved