Hujan lebat di Selangor, KL petang ini

LocalEnvironment
18 Sep 2026 • 1:19 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hujan lebat di Selangor, KL petang ini

PETALING JAYA – Jabatan Meterorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di lapan negeri sehingga pukul 3 petang ini, antaranya di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Di Selangor, hujan lebat dijangka berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Hulu Selangor dan Gombak selain seluruh Kuala Lumpur.

“Turut terkesan ialah Kedah (Kuala Muda, Baling, Kulim dan Sik) dan Pulau Pinang (Barat Daya, Timor Laut, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah),” kata MetMalaysia menerusi kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Perak juga diramal menerima cuaca buruk sama iaitu di Muallim dan Batang Padang

“Di Sabah pula, kawasan terlibat ialah di Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Sipitang) dan seluruh Labuan,” ujar kenyataan sama. – KOSMO! ONLINE

The post Hujan lebat di Selangor, KL petang ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved