Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri, 1 Wilayah Petang Ini

LocalEnvironment
21 Sep 2026 • 3:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri, 1 Wilayah Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lapan negeri serta satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 6 petang ini.

Hujan lebat petang ini

Menurut kenyataan MetMalaysia, kawasan terlibat merangkumi beberapa daerah di Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan W.P. Labuan.

"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Padang Terap, Sik dan Baling. Manakala di Kelantan pula melibatkan kawasan Bachok, Pasir Puteh, Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat.

"Di Terengganu, kawasan yang diramal hujan adalah Dungun, Kemaman dan Marang. Manakala di Negeri Sembilan melibatkan kawasan Tampin dan Rembau.

"Selain itu, di Melaka melibatkan kawasan Alor Gajah dan Jasin, sementara di Johor melibatkan daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi dan Kluang.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Mukah (Mukah), Bintulu (Tatau), Sibu (Selangau), Kuching.

"Bagi Sabah pula, daerah yang diramal hujan adalah Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, Sandakan (Tongod), Tawau (Kalabakan dan Tawau).

“Selain itu, W.P. Labuan turut dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang,” menurut kenyataan tersebut.

Baca juga:

Sehubungan itu, orang ramai khususnya yang berada di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca secara mendadak.

Orang ramai juga digalakkan mengelakkan aktiviti luar ketika ribut petir serta mengikuti perkembangan dan amaran cuaca terkini menerusi saluran rasmi MetMalaysia.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini susulan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang.

Image from: Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri, 1 Wilayah Petang Ini
Kredit: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved