Gempa Bumi 5.2 Di Sulawesi, Tiada Ancaman Tsunami Untuk Malaysia

21 Sep 2026 • 8:42 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Gempa Bumi 5.2 Di Sulawesi, Tiada Ancaman Tsunami Untuk Malaysia

KUALA LUMPUR - Gempa bumi bermagnitud 5.2 yang melanda Semenanjung Minahassa di Sulawesi, Indonesia, petang ini tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataannya memaklumkan, gempa bumi itu berlaku pada jam 3.31 petang pada kedalaman 10 kilometer.

Gegaran berkenaan dikesan pada koordinat 0.8 darjah Selatan dan 122.7 darjah Timur, dengan pusat gempa dianggarkan kira-kira 150 kilometer ke selatan Gorontalo, Indonesia.

“Berdasarkan penilaian awal METMalaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) merekodkan gempa berkenaan pada magnitud 5.3 pada jam 2.31 petang waktu tempatan.

Menurut BMKG, pusat gempa terletak kira-kira 26 kilometer di barat daya Pulau Pua, Sulawesi Tengah, pada kedalaman 10 kilometer.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa susulan kejadian berkenaan. - Getaran, 21 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved