Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini

LocalEnvironment
8 Oct 2026 • 5:00 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri serta dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 7 malam ini.

Menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 4.10 petang itu melibatkan kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Beberapa negeri dijangka dilanda cuaca buruk, hujan lebat

Menurut kenyataan MetMalaysia, di Perak, kawasan terlibat ialah Perak Tengah, Hilir Perak, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Bagan Datuk.

Di Kelantan, amaran melibatkan Gua Musang, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Machang, manakala seluruh Terengganu turut dijangka mengalami cuaca berkenaan.

“Di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Cameron Highlands dan Lipis. Selangor pula melibatkan Petaling, Hulu Langat, Sepang dan Gombak.

“Amaran sama turut dikeluarkan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, selain daerah Seremban dan Jelebu di Negeri Sembilan,” menurut kenyataan itu.

Bagi Sarawak, kawasan terlibat ialah Limbang, Miri (Marudi, Miri dan Beluru), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Serian, Kuching, Samarahan (Gedong, Asajaya dan Samarahan) serta Sri Aman (Pantu).

Sementara itu, di Sabah, amaran meliputi Pantai Barat, Tawau (Kalabakan dan Lahad Datu), Sandakan serta Pedalaman (Tambunan, Keningau, Sook dan Membakut).

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved