Ribut petir di Kedah, Sabah dan Labuan hingga tengah hari

7 Oct 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ribut petir di Kedah, Sabah dan Labuan hingga tengah hari

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga tengah hari ini.

Menurut MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook, bagi negeri Kedah, amaran berkenaan melibatkan kawasan Langkawi.

“Di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Pedalaman membabitkan Kuala Penyu, Beaufort, Membakut dan Sipitang.

“Turut terjejas ialah kawasan Pantai Barat termasuk Papar, Putatan, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud dan Penampang,” katanya.

MetMalaysia berkata, amaran sama turut melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan dan dijangka berkuat kuasa sehingga pukul 12 tengah hari.

Amaran berkenaan dikeluarkan pada pukul 8.25 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

The post Ribut petir di Kedah, Sabah dan Labuan hingga tengah hari appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved