
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga jam 8 malam ini.
Menurut kenyataan, amaran berkenaan melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Sabah.
Hujan Lebat Di Beberapa Negeri
"Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah Kuala Muda, Sik, Pendang, Pokok Sena, Padang Terap dan Baling.
"Bagi Perak pula, amaran meliputi Hulu Perak, Selama, Larut Matang, Kerian, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
"Di Kelantan, kawasan terlibat ialah Pasir Mas, Tumpat, Jeli dan Tanah Merah. Sementara itu, di Terengganu, amaran melibatkan Dungun, Hulu Terengganu, Marang, Setiu, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
"Turut disenaraikan ialah Cameron Highlands, Raub, Lipis dan Bentong di Pahang, serta Gombak dan Hulu Selangor di Selangor.
"Di Johor, amaran melibatkan Kulai dan Kluang.
"Bagi Sabah, kawasan terlibat ialah Lahad Datu di bahagian Tawau, Kinabatangan dan Telupid di bahagian Sandakan, Ranau," maklum kenyataan itu.
Baca juga:Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.





