Amaran ribut petir, hujan lebat di dua negeri

LocalEnvironment
13 Sep 2026 • 3:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Amaran ribut petir, hujan lebat di dua negeri
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di dua negeri.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang melibatkan dua negeri, iaitu Perak dan Pahang, sehingga jam 5 petang, Ahad.

Menurut MetMalaysia menerusi hantaran di media sosial, amaran itu dikeluarkan pada jam 2.30 petang dan melibatkan beberapa kawasan di kedua-dua negeri berkenaan.

Di Perak, kawasan yang terlibat ialah Manjung, Muallim, Bagan Datuk, Hilir Perak, Perak Tengah, Batang Padang, Kampar, Kinta, Larut Matang, Kerian dan Kuala Kangsar.

Sementara itu, di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Bentong, Cameron Highlands dan Raub.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca tersebut.

Perubahan serta perkembangan terkini berkaitan amaran cuaca boleh dirujuk menerusi saluran rasmi MetMalaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved