
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan beberapa kawasan di tujuh negeri sehingga pukul 7 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak.
Menurutnya, di Kedah, kawasan terlibat ialah Kulim, Bandar Baharu, Baling, Sik dan Kuala Muda, manakala di Perak melibatkan Kerian, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut Matang, Muallim, Batang Padang, Kampar serta Kinta.
“Bagi Kelantan, amaran dikeluarkan untuk Tumpat, Kota Bharu dan Pasir Mas, sementara di Terengganu membabitkan Dungun, Hulu Terengganu serta Marang.
“Di Pahang, kawasan Bentong diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat, manakala di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak serta Hulu Langat,” menurutnya.
Tambah MetMalaysia, keadaan sama turut dijangka berlaku di Jelebu, Negeri Sembilan serta beberapa kawasan di Sarawak iaitu Sarikei, Sibu dan Kanowit. – KOSMO! ONLINE
The post Ribut petir, hujan lebat landa tujuh negeri hingga 7 malam appeared first on Kosmo Online.






