Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Dua Negeri Petang Ini

LocalEnvironment
13 Sep 2026 • 3:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Dua Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di dua negeri sehingga jam 5 petang ini.

Hujan Lebat Di Dua Negeri

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Perak dan Pahang.

"Di Perak, beberapa daerah yang diramal hujan pada sebelah petang ini adalah Manjung, Muallim, Bagan Datuk, Hilir Perak, Perak Tengah, Batang Padang, Kampar, Kinta, Larut Matang, Kerian dan Kuala Kangsar.

"Selain itu di Pahang pula melibatkan kawasan Bentong, Cameron Highlands dan Raub," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved