
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di kebanyakan negeri sehingga jam 9 malam ini.
Hujan Lebat Di Beberapa Negeri
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri seperti Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah, dan seluruh kawasan di Perlis serta Pulau Pinang.
"Di Kedah, beberapa daerah diramal hujan seperti Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim, Bandar Baharu dan Kuala Muda. Manakala di Perak pula termasuk Larut Matang, Selama, Kuala Kangsar, Hulu Perak, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim dan Kerian.
"Selain itu, beberapa daerah di Kelantan turut terlibat iaitu Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas dan Machang. Sementara di Terengganu seperti Dungun, Hulu Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.
"Di Pahang pula meliputi daerah Cameron Highlands, Raub, Bentong, Lipis, Kuantan, Pekan, Rompin, Temerloh dan Maran. Selangor hanya di dua daerah Hulu Selangor dan Hulu Langat.
"Negeri Sembilan pula hanya daerah Jelebu diramal hujan. Selain Johor di Johor Bahru dan Kota Tinggi.
"Beralih ke Sarawak, beberapa kawasan diramal hujan seperti Bintulu (Tatau), Sibu (Selangau dan Kanowit), Mukah (Mukah), Kapit (Song), Limbang (Lawas), Miri (Bario), Kuching (Kuching dan Bau), Sarikei (Julau).
"Selain Sabah di Sandakan, Pantai Barat, Pedalaman (Pensiangan, Sook, Tenom, Sipitang, Beaufort, Membakut, Tambunan dan Keningau), Kudat (Kota Marudu)," maklum kenyataan itu.
Baca juga:Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.






