Ribut petir hampir seluruh negara hingga malam

LocalEnvironment
10 Sep 2026 • 5:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ribut petir hampir seluruh negara hingga malam

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir hampir seluruh Semenanjung serta Sabah dan beberapa kawasan di Sarawak sehingga pukul 9 malam ini.

Menerusi hantaran Facebook MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Perlis, Kedah (Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim, Bandar Baharu dan Kuala Muda), Pulau Pinang dan Perak (Larut Matang, Selama, Kuala Kangsar, Hulu Perak, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim dan Kerian).

“Selain itu di Pantai Timur melibatkan Kelantan (Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas dan Machang), Terengganu (Dungun, Hulu Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang) serta Pahang (Cameron Highlands, Raub, Bentong, Lipis, Kuantan, Pekan, Rompin, Temerloh dan Maran).

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka di Selangor (Hulu Selangor dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu) serta Johor (Johor Bahru dan Kota Tinggi),” menurut MetMalaysia, petang ini.

Di Sarawak pula melibatkan Bintulu (Tatau), Sibu (Selangau dan Kanowit), Mukah (Mukah), Kapit (Song), Limbang (Lawas), Miri (Bario), Kuching (Kuching dan Bau) dan Sarikei (Julau).

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka di Sabah: Sandakan, Pantai Barat, Pedalaman (Pensiangan, Sook, Tenom, Sipitang, Beaufort, Membakut, Tambunan dan Keningau) serta Kudat (Kota Marudu),” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Ribut petir hampir seluruh negara hingga malam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved