Amaran sindiket 'push-pocket' mesej lama ditularkan semula

4 Jan 2023 • 10:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu mesej tular sejak 2016 meminta orang ramai berhati-hati dengan sindiket 'push-pocket' ditularkan semula di media sosial baru-baru ini.

Mesej berkenaan mendakwa, pihak sindiket akan menyelitkan telefon pintar atau dompet ke dalam poket atau beg milik mangsa dan menuduh mereka sebagai pencuri lalu mengugut untuk membuat laporan polis.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saadudin berkata, mangsa kemudian diminta untuk membayar sejumlah wang kononnya untuk menyelesaikan kes curi berkenaan.

"PDRM mengesan mesej tular kononnya terdapat kegiatan jenayah 'push-pocket' di kawasan tumpuan ramai seperti lapangan terbang dan stesen transit aliran ringan (LRT).

"Semakan mendapati mesej berkenaan tular sejak tahun 2016, bagaimanapun tiada sebarang laporan polis diterima mengenai modus operandi sedemikian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, Noorsiah menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan sebarang mesej tular yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.

"Tindakan berkongsi atau menyebar berita sedemikian boleh menimbulkan kegusaran dan kebimbangan kepada masyarakat," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved