Amazfit Balance Dilancarkan Dengan Fokus Terhadap Gaya Hidup Seimbang

TechnologyDigital
4 Sep 2023 • 4:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Menyedari bahawa gaya hidup seimbang adalah lebih daripada sekadar kesihatan dan kecergasan. Amazfit Balance telah dilancarkan dengan fokus untuk membantu pengguna mencapai keseimbangan utama dalam kehidupan dan kerja. Ia adalah selari dengan penggunaan nama Balance yang membawa maksud seimbang.

Amazfit Balance dilengkapi kerangka bulat sejenis aloi aluminium bersama dua pilihan tali, sama ada Nylon atau Liquid Silicone. Saiz skrin pula sebesar 1.5-inci AMOLED beresolusi 480 X 480 dan kepadatan piksel 323 PPI. Pelbagai ciri kesihatan dan kecergasan standard disertakan pada jam tangan ini yang merangkumi pemantauan kadar jantung, pola tidur, SpO2, tekanan harian dan lebih 150 mod sukan terbina.

image is not available

Namun antara yang paling menyerlah adalah kemampuan menganalisa kesediaan mental dan fizikal. Di samping, ciri pengukuran komposisi badan yang mampu mengukur pelbagai data kesihatan badan termasuklah lemak, jisim rangka otot, protein, BMI dan metabolisme. Terdapat juga ciri bimbingan tidur khusus yang dikuasai kecerdasan buatan (AI) untuk pengalaman tidur lebih berkualiti.

image is not available

Bateri 475mAh yang disertakan pula boleh bertahan sehingga 14 hari untuk penggunaan biasa. Kemudian berkurang menjadi seminggu apabila digunakan dalam senario harian yang melibatkan banyak aktiviti. Turut melengkapinya adalah penarafan kalis air 5ATM dan menyokong Zeep Pay bagi tujuan pembayaran nirwayar. Amazfit Balance dijual dengan harga bermula €249.90 (~RM1,255).