
Amazfit Balance Ultra telah dilancarkan sebagai tambahan baharu dalam siri Balance. Jam pintar ini hadir dengan sokongan sistem Hybrid Training terbaharu daripada Amazfit yang menggabungkan penjejakkan prestasi dengan panduan latihan pintar.

Ia diperbuat daripada bahan titanium dengan pilihan tali sama ada hitam atau gabungan hitam dan coklat. Selain itu, ia menggunakan binaan Grade 5 Titanium bersama kaca nilam yang tahan lasak. Seterusnya, skrin AMOLED 1.5 inci dengan kaca nilam mampu mencapai kecerahan sehingga 3000 nits. Di samping itu, sistem operasi Zepp OS 6 turut disertakan bersama mikrofon dan pembesar suara terbina manakala lebih daripada 180 mod senaman tersedia untuk digunakan.

Balance Ultra menawarkan pelbagai fungsi seperti peta asas, peta kontur, carian POI, perancangan laluan, ciptaan laluan pergi-balik serta fungsi auto-rerouting. Selain itu, ia dilengkapi dengan Advanced Hybrid Training Tools untuk menyokong latihan kecergasan. Jam ini juga mempunyai ketahanan air 10 ATM sesuai untuk aktiviti selam bebas sehingga 45m. Kesemua ciri ini digabungkan dengan bateri yang mampu bertahan sehingga 30 hari.




