Amazfit Balance 3 Dilancarkan Dengan Bateri Sehingga 21 Hari

TechnologyHealth & Fitness
4 Jun 2026 • 4:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Amazfit Balance 3 Dilancarkan Dengan Bateri Sehingga 21 Hari

Siri Amazfit Balance sebelum ini lebih menyerupai seutas jam gaya hidup dengan ciri kecergasan namun pengenalan Balance 3 dilihat sebagai pilihan baharu yang lebih berfokus kepada sukan. Ia hadir dengan kerangka 51.4mm yang digabungkan dengan skrin AMOLED 1.5 inci beresolusi 480 x 480 piksel, kecerahan puncak 3,000 nits, dilindungi kaca kristal nilam serta kalis air 10ATM.

Image from: Amazfit Balance 3 Dilancarkan Dengan Bateri Sehingga 21 Hari

Balance 3 hadir dengan lebih 180 mod sukan termasuk 25 gerakan latihan kekuatan dan 8 gerakan sukan khusus. Ia juga dilengkapi teknologi HybridCharge Energy Intelligence yang mengimbangi LifeLoad, BioCharge dan Training Load bagi memastikan prestasi lebih teratur. Melalui aplikasi Zepp, pelbagai data ketahanan, kekuatan dan pemulihan digabungkan menjadi panduan yang jelas serta boleh diambil tindakan.

Image from: Amazfit Balance 3 Dilancarkan Dengan Bateri Sehingga 21 Hari

Fungsi Hybrid Training menawarkan mod perlumbaan HYROX, analitik lanjutan dan pelan latihan hibrid berstruktur dalam satu sistem. Sistem Latihan Hibrid ini menggabungkan tiga lapisan data iaitu BioCharge (pemulihan dan tenaga), LifeLoad (tekanan harian) dan Training Load (intensiti senaman) ke dalam satu papan pemuka yang membantu atlet menentukan bila perlu menekan lebih kuat dan bila perlu berehat.

Image from: Amazfit Balance 3 Dilancarkan Dengan Bateri Sehingga 21 Hari

Balance 3 juga menyokong pemantauan kadar denyutan jantung, tahap oksigen dalam darah, tahap tekanan serta suhu kulit melalui termometer dan lain-lain. Fungsi One Tap Measurement turut disediakan untuk memudahkan pengguna, di samping pembesar suara dan mikrofon terbina bagi panggilan Bluetooth, sokongan NFC untuk kad digital serta lampu suluh terbina dengan pilihan cahaya merah dan putih bagi kegunaan pada waktu malam.

Image from: Amazfit Balance 3 Dilancarkan Dengan Bateri Sehingga 21 Hari

Baterinya mampu bertahan sehingga 21 hari bagi menyokong jadual latihan yang konsisten. Balance 3 ditawarkan pada harga $369.99 (~RM1,487) namun masih belum dipastikan sama ada ia akan dijual secara rasmi di Malaysia atau sebaliknya.