
Jam tangan pintar Amazfit Balance Ultra turut ditawarkan di Malaysia pada harga RM2,599. Model ini hadir dengan tubuh titanium premium serta bateri yang mampu bertahan sehingga 30 hari. Ciri ini menjadikannya pilihan tepat bagi pengguna yang mengutamakan ketahanan maksimum berbanding versi Balance 3 biasa.

Balance Ultra hadir dengan skrin AMOLED 1.5 inci yang mampu mencapai kecerahan sehingga 3,000 nits manakala sistem operasi Zepp OS 6 turut dilengkapi bersama mikrofon dan pembesar suara terbina. Selain itu, ia menawarkan lebih daripada 180 mod senaman serta fungsi peta asas, peta kontur, carian POI, perancangan laluan, ciptaan laluan pergi-balik dan auto-rerouting. DDi samping itu, model ini menyokong Advanced Hybrid Training Tools untuk latihan kecergasan, ketahanan air 10ATM dan bateri yang mampu bertahan sehingga 30 hari.




